Pengikut

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Sabtu, April 20, 2013

Rabu, April 10, 2013

Ahli UMNO Isytihat Keluar Parti

35 ahli Umno Kg Berangan Enam (kubu kuat Umno dlm Dun Serkam) keluar dari Umno utk menyertai Pas di hadapan 500 penyokong PR yg hadir dlm program Ceramah Penerangan PAS bertempat di Kampung Berangan Enam, Umbai


Program Penyelia DUN Serkam : Ziarah Al- Malak di Tedong dan Serkam Darat

Ustaz Kamaruddin Sidek menziarahi Imam 1&2 Masjid Tedong serta sempat melakukan tahnik di Serkam Darat.

Konvoi Pakatan Rakyat Jelajah Parlimen Jasin 2013

Pada hari Ahad ini 14 April 2013, Pakatan Rakyat Parlimen Jasin akan mengadakan Konvoi Pakatan Rakyat Jelajah Parlimen Jasin 2013. Konvoi dijangka bermula jam 8.00 pagi bermula dihadapan Poliklinik Umbai dan berakhir di Dataran Hamas, Kampung Kelubi Jasin. Konvoi ini akan meliputi Dun-DUn yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat iaitu Dun Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Rim dan Bemban. Konvoi akan melibatkan motosikal dan juga kenderaan yang lain. Antara objektif perlaksanaan konvoi ialah untuk merapatkan hubungan sesama ahli pakatan rakyat disamping memberi peluang kepada rakyat untuk mengenali bakal calon di kawasan mereka daripada Pakatan Rakyat. 

Di samping itu juga konvoi ini turut menerapkan konsep berdisiplin ketika berada dijalan raya dan para peserta akan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap peserta konvoi yang bakal mengikuti konvoi juga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan yang akan diberikan oleh marshal-marshal yang telah dilantik.Menurut kordinator konvoi, Sdra Aminudin Jalil, konvoi ini adalah kesinambungan konvoi semarak hijau yang pernah dilaksanakan sebelum ini dan beliau menjangkakan penyertaan akan bertambah berbanding konvoi yang pernah dianjurkan sebelum ini. 


Selain itu beliau juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Jasin menyarankan kepada para peserta konvoi supaya mendengar segala arahan yang diberikan serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang konvoi berlangsung. Pihak penganjur juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang cuba untuk mencetuskan provokasi serta mengancam keselamatan peserta konvoi yang lain. Untuk maklumat lanjut berkaitan konvoi bolehlah merujuk kepada kordinator program di talian 0196577504.

Ahad, Oktober 28, 2012

Bicara Santai Bersama Abby Abadi


Bicara Santai Bersama Abby Abadi 

Tarikh : 9 November 2012 
Masa : 8.00-10.00 Malam 
Tempat : Perkarangan Pejabat PAS Kota MelakaTaman Seri Telok Mas
Tetamu jemputan : 
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka , Haji Adly Zahari 
YDP PAS Kawasan Kota Melaka, Sdra Harun Mohamad 

Semua Dijemput hadir 

Ceramah Hairie Othman Di Tedong

Rabu, Oktober 24, 2012

Perutusan Eidul Adha: Medan dakwah Rasulullah

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Idul Adha yang sinonim dengan ibadah haji dan qorban.Ibadah haji dilaksanakan di Makkah yang menghimpunkan umat Islam seluruh dunia bagi melaksanakan rukan Islam kelima. Ia bukan sekadar ibadah biasa, tetapi mempunyai maksud yang besar kepada kesatuan Ummah dalam mendamaikan dunia dengan Islam.

Rasulullah SAW menjadikan musim haji di zaman jahiliyah untuk berdakwah kepada kelompok kabilah-kabilah Arab yang datang daripada berbagai wilayah.Bukan sekadar menyeru mereka memeluk Islam, bahkan mengajak mereka mendirikan negara yang melaksanakan syariat Allah SWT yang sifatnya adil untuk semua manusia tidak mengira agama dan bangsa dan juga adil kepada makhluk lain yang dipelihara dibawah pemerintahan.

Daripada satu kabilah kepada satu kabilah, sehinggalah akhirnya bertemu dengan penduduk Madinah suku Aus dan Khazraj yang menerima Islam dan bersedia menjadikan negara mereka Madinah sebagai tappk kekuasaan Islam.Tidak lama selepas peristiwa iitu, Nabi SAW telah berhijrah ke Madinah mendirikan kerajaan dan tamadun manusia yang berjaya mengeluarkan bangsa Arab daripada kegelapan jahiliyah, hidup yang porak peranda, jenayah yang berleluasa kepada kehidupan yang bersatu, maju dan sejahtera dibawah pemerintahan Islam. Bermula daripada inilah, maka tamadun manusia itu berkembang pesat mengambil conroh tauladan pemerintahan Rasululah SAW.

Begitu juga ibadah korban yang dilaksanakan Nabi Ibrahim AS penuh dengan ketaatan dan ujian yang berat. Namun keimanan Nabi Ibrahim dan anaknya yang teguh menjadikan mereka manusia yang berjaya bukan sekadar melaksanakan perintah Allah dalam hal korban, tetapi juga berjaya mendirikan kerajaan orang beriman da mmngemudinya di Mekah, Palestin dan Syam.

Daripada keturunan Nabi Ibrahim ini melahirkan nabi yang ramai dan tersebar luasnya dakwah Islam zaman berzaman sehinggalah munculnya Nabi Muhammad daripada keturunan Ismail dam Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi yang membawa risalah Allah SWT.Marilah kita mengambil pengajaran di atas dua peristiwa ini untuk meningkatkan keyakinan dan ketaatan kepada agama Allah SWT. Moga-moga kita dipilih oleh Allah menjadi hambanya yang istiqamah dalam menegakkan keadilan Islam untuk kesejahteraan di muka bumi ini.Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat di negara ini dan seluruhnya.

Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

Presiden

Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Selasa, Oktober 23, 2012

Najib Bersedia Jadi Ketua Pembangkang

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah seperti mula menerima hakikat bahawa BN akan kalah selepas PRU13."Gambaran ini diucapkan beliau dalam kenyataan-kenyataan terkini, seolah-olah membayangkan mereka akan kalah dan menjadi pembangkang selepas ini manakala Pakatan Rakyat akan meneraju kerajaan pula," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya, Najib melaungkan amaran bahawa rakyat mungkin tidak berpeluang untuk menukar kerajaan semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai Kerajaan Persekutuan."Katanya negara akan 'hancur' dalam tempoh lima tahun sekiranya PR mengambil alih pentadbiran negara. Negara boleh rosak merudum, ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh jika dengan PR. Najib menganggap jika BN kalah dalam PRU13 maka kiamatlah dunia ini.

"Najib mungkin memikirkan hanya beliau dan partinya sahaja layak memerintah negara. Beliau merasakan dalam negara ini hanya mereka sahaja memiliki pakar ekonomi, ahli politik serta strategis yang bijak pandai. Rakyat Malaysia yang lainnya semuanya dungu dan tidak tahu apa-apa," ujarnya dalam satu kenyataan.Malahan kata beliau, Najib cuba membayangkan PR sama seperti BN atau mungkin lebih kejam daripada itu.

Hakikatnya, tegas Riduan PR jauh berbeza daripada BN, ibarat langit dengan bumi.Tambahnya, tidak mungkin PR akan melakukan aksi yang sama seperti mereka dengan menutup ruang demokrasi yang terbuka, memenjarakan aktivis politik pembangkang, menyekat akses media, memperguna agensi kerajaan, merantai pegawai kerajaan, menggunakan pelbagai akta dan undang-undang bagi mengugut dan menakut-nakutkan rakyat.Menurutnya, mustahil PR akan mufliskan ekonomi negara dengan amalan kronisme, monopoli, rasuah, korupsi, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai penyelewengan sehingga merudumkan ekonomi negara seperti yang mereka lakukan.

Sebaliknya, ujar Riduan lagi PR dengan dasar perjuangannya berusaha membuka seluasnya ruang demokrasi sehingga tidak ada pihak yang dizalimi, parti-parti politik bebas menjalankan kegiatannya, mendapatkan akses media secara adil, mengisytiharkan tarikh pilihan raya umum lebih awal, tiada ugutan kepada penjawat awam, SPR dibersihkan, dan lain-lain lagi.Menurut beliau, sebenarnya yang merasa paling gerun dan gusar sekarang ini bukan rakyat, kerana rakyat sudah bersedia menerima perubahan kerajaan.

Malah, ujarnya rakyat gembira dengan kehidupan selesa bersama PR di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang."Yang paling tergugat sekarang adalah Najib sendiri bersama dengan pasukannya kerana kekalahan akan membuatkan masa depan mereka dalam kegelapan," katanya.

Himpunan Bantah Chua Soi Lek Esok

Pemuda PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, esok.Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam."Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua."Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran."Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Selasa, Oktober 16, 2012

Khamis, Oktober 11, 2012

Suspek Kes Samun Pameran Honda Diberkas

JASIN: Lima lelaki dipercayai baru selesai melakukan upacara sembahyang di Pulau Besar dengan menaiki bot penambang tersentak dan gagal meloloskan diri apabila dicekup polis di Jeti Anjung Batu, Umbai di sini, kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun di sebuah pusat pameran Honda di Kajang, Selangor, bulan lalu. Difahamkan, semua suspek berusia antara 20 dan 40 tahun yang datang dari sekitar Lembah Klang itu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta di kawasan itu, kira-kira jam 10 pagi.

 Sejurus pulang bersembahyang di pulau itu, beberapa suspek terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa cuba meloloskan diri namun mereka ditahan bagi membantu siasatan. Pemeriksaan lanjut mendapati dua kereta Honda Accord dikatakan dinaiki mereka mempunyai kaitan dengan kes samun berkenaan. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhd Nur Hisamuddin Hashim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Asisten Superintendan Jasmani Othman pergi ke jeti itu dan menemui dua kereta mencurigakan, kira-kira jam 4.20 petang kelmarin “Sejurus tiba, polis menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua kereta Honda Accord berwarna putih dan hitam di tempat letak kereta itu yang didapati tidak mempunyai cukai jalan. “Hasil semakan kemudian mendapati dua kereta berkenaan turut dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam./ Hmetro

Khamis, September 27, 2012

7 Teras Utama Belanjawan Pakatan Rakyat

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita."Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.

"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.

Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni."Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.

"Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau.Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah.

Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus.Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus.Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005.

Rabu, September 19, 2012

JKK Meroyan Marah Ahli Sertai PAS

Ceramah 11/09/2012 (Selasa lalu) pengerusi JKKK mengamok apabila ahli-ahli UMNO keluar parti dan menyertai PAS. Seramai 30 orang ahli bangkit meninggalkan UMNO.Akhirnya Pengerusi JKK yang meroyan terlolong-lolong memekik dan melepaskan geram kepada kerusi dan meja yang ada disitu. Jom Kita Saksikan bersama

   

Dalam Dulang Paku Serpih, Ngata Orang Dia Yang Lebih


Lokasi : Kampung Serkam, Merlimau Melaka 

Mahathir Kembali Belasah Najimah

Sesudah mengeluarkan kenyataan kontroversi 'syaitan yang dikenali' di blognya yang merujuk kepada Umno beberapa minggu lalu, hari ini satu lagi kenyataan berunsur kontroversi sekali lagi dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Najib Altantuya!Tertekan dengan perkembangan politik yang tidak memihak Umno disebabkan kepimpinan Najib Altantuya yang lemah memaksa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan yang secara halus ditujukan kepada perdana menteri keenam itu. Mahathir hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai "fenomena baru” yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak peruntukan.

Perdana menteri paling lama memerintah dalam sejarah negara itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan.“Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang... Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu.“Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi “fenomena baru", kata beliau semasa sesi soal jawab dalam Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.Sebab itulah Mahathir hanya berani meramalkan BN akan 'memenangi' pilihanraya umum akan datang, tetapi tidak pasti sama ada ia akan menang dengan majoriti yang meyakinkan.Dalam ucapannya Mahathir berkata senario ini bermakna status quo kerajaan persekutuan akan kekal lemah dan ini akan menjejaskan pembangunan dan keadaan tidak stabil ini tidak baik untuk perniagaan.

Menurutnya, kerajaan sekarang hanya mempunyai kelebihan 30 kerusi yang akan dianggap lemah kerana perubahan lebih daripada 15 ahli Parlimen akan mengakibatkan kerajaan tumbang secara automatik.Majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan adalah 112 kerusi dan majoriti dua pertiga pula, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat perlu memperolehi 148 kerusi daripada 222 kerusi keseluruhan.Spekulasi terbaru muncul awal minggu ini berdasarkan maklumat dalaman Umno sendiri yang mendakwa Mahathir, bekas menteri kewangan yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah dan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin sedang merencana proses peralihan kuasa sebelum pilihanraya umum ke-13.

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, ketiga-tiga pemimpin Umno ini mahu Najib Altantuya disingkirkan dan digantikan oleh Muhyiddin selaku perdana menteri sementara sebelum pembubaran parlimen.Sekiranya Muhyiddin gagal untuk melaksanakan tugasnya seperti yang ditetapkan, pilihan kedua adalah berkemungkinan Mahathir akan keluar dari persaraan dan kembali dilantik menjadi perdana menteri dengan syarat bertanding dalam mana-mana kerusi parlimen dalam pilihanraya kecil sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali mendapat mandat membentuk kerajaan persekutuan.~Addin

Hukum Pakai Seluar Pendek

Ceramah Bongkar Siapa Samseng Sebenar


Jom Kita Ramaikan Ceramah Yang bakal disampaikan oleh YB "Ngomong Jowo" Ng Sue Lim, YDP PAS Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Exco AMK Malaysia, Saudari Ginnie Lim Bertempat di Taman IKS Pulai, Kampung Pulai pada 21 September 2012 Jam 9.00 Malam. Turut ditayangkan Tayangan Khas Video yang tidak pernah disiarkan di media pengampu UMNO/ Bangkrap Negara. 

Jangan Ketinggalan !!!!!!!!!!

Ahad, September 09, 2012

Undangan Ke Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Jasin

Dengan segala hormatnya dijemput Dato'/ Datin/ Tuan / Puan sekeluarga ke

Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Jasin yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 9 September 2012

Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang

Tempat : Perkarangan Bangunan PAS Serkam Darat, Taman Serkam Baru, Serkam Darat, Merlimau Melaka

Kesudian tuan / puan menghadiri majlis kami sangat kami hargai


 

PAS FOR ALL / Rakyat Dihati Kami